Wednesday, March 20, 2019

MARTABAT ORANG YANG BERSELAWAT

Telah berkata Al-‘Arif Billah Sayyidi Ahmad bin ‘Ajibah Al-Hasani Asy-Syadzuli قدس الله سره :

Pembahagian golongan / martabat manusia di dalam berselawat ke atas Rasululluh ﷺ terbahagi kepada tiga bahagian :


Golongan / Martabat Pertama : (Awwam) ;


Mereka yang berselawat ke atas Surah Basyariyyah (rupa paras ẓahir Rasulullah ﷺ) ;

Mereka ini adalah golongan Ahli Dalil dan Burhan (orang awam, ahli ilmu, dan para ulama’ zahir) ;

Mereka ini (menghadirkan) rupa paras ẓahir Rasulullah ﷺ di dalam hati-hati mereka ketika berselawat ke atas Baginda Nabi ﷺ.

Bilamana mereka telah banyak berselawat dengan hati yang ḥuḍur (hati yang penuh khusyuk, penuh dengan zikir, syuhud, tidak lalai) maka gambaran rupa paras zahir Baginda ﷺ menjadi teguh (tetap) di dalam hati-hati mereka, maka mereka akan banyak kali melihat Baginda Nabi ﷺ di dalam tidur (mimpi) mereka.

Adakalanya roh Baginda Nabi ﷺ yang mulia membentuk (seperti) rupa jasad (rupa paras zahir) Baginda ﷺ yang indah, maka mereka akan melihat Baginda ﷺ secara sedar (dalam keadaan jaga bukan mimpi).



Golongan / Martabat Kedua : (Khawwas) ;

Mereka yang berselawat ke atas roh nuraniyyah Baginda Nabi ﷺ ;

Mereka ini adalah Ahli Syuhud (mereka yang hatinya hidup mengingati Allah سبحانه وتعالى dan melihat Allah pada setiap keadaannya) di kalangan Para Sa’irin (salikin / muridin di dalam tarbiyyah thariqah ṣufiyyah) ;

Mereka ini berselawat ke atas nur roh Baginda ﷺ yang mengalir / melimpah daripada Alam Jabarut (Alam Asma’ & Sifat Al-Ilahiyyah).

Maka mereka akan melihat nur roh Baginda ﷺ di dalam kebanyakan waktu mereka bergantung kepada kadar ḥuḍur dan syuhudnya hati mereka.


Golongan / Martabat Ketiga : (Khawwas-Al-Khawwas) ;

Mereka yang berselawat ke atas nur asli (nur asal) Baginda Nabi ﷺ : itulah nur bagi segala nur ;

Mereka ini adalah Ahli Rusukh (mereka yang mendalam keilmuan zahir, baṭin dan ma’rifah) dan Ahli Tamkin (mereka yang telah mantap kukuh aḥwal kerohanian mereka) dan Ahli ‘Iyan (mereka yang telah terẓāhir padanya segala yang ghaib, dan keyakinan mereka sudah tidak lagi bercampur keraguan).

Mereka ini adalah (hamba-hamba Allah سبحانه وتعالى) yang sudah tidak ghaib daripada mereka Baginda Nabi ﷺ walau sekelip mata pun.

Kerana itulah telah berkata Asy-Syeikh Abu Al-‘Abbas Al-Mursi رضي الله عنه (Syeikh Thariqat Syadzuli dan anak murid kepada Al-Imam Abul Hasan Asy-Syadzuli رضي الله عنه) :

“Sekiranya ghaib daripadaku Rasulullah ﷺ sekelip mata pun, jangan golongkan diriku ini di kalangan para muslimīn.”

Ini adalah isyarat kepada rusukh-nya (teguhnya) dan tamkin-nya (kukuhnya) kerohanian Asy-Syeikh Abu Al-‘Abbas Al-Mursi رضي الله عنه di dalam hadrah (berada di kehampiran Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah ﷺ), dan kembalinya (roh) Beliau kepada Al-Baqa’ (Allah سبحانه وتعالى) melalui syuhud kepada Al-Wasiṭah (perantara : iaitu Rasulullah ﷺ).

Mereka ini adalah (hamba-hamba) Allah سبحانه وتعالى yang mana fikiran-fikiran mereka mengembara di Alam Malakut (Alam Ghaib / Alam Arwaḥ), dan roh-roh mereka (sentiasa) berhubung dengan Alam Jabarut (Alam Asma’ dan Sifat Al-Ilahiyyah).

Sesungguhnya telah bersatu pada diri mereka pada apa yang telah terpisah pada diri orang lain. (segala kelalaian telah tenggelam dengan keḥuḍuran hati mereka, segala kejauhan telah dekat di sisi mereka, segala yang ghaib telah terzahir di sisi mereka, dan segala yang samar telah jelas di sisi mereka).



No comments:

Post a Comment