Wednesday, March 20, 2019

TAQDIR ALLAH

Maka sesiapa yang berkata tentang sesuatu daripada taqdir-taqdir yang telah ditetapkan oleh Allāh سبحانه وتعالى bahawa ianya adalah kurang (tidak sempurna), atau dia berkata bahawa sekiranya Allāh سبحانه وتعالى melakukan sebaliknya adalah lebih baik (lebih tepat), maka dia itu adalah seorang kāfir, (tidak beriman dengan taqdir daripada Allāh) kerana seolah dia mendakwa bahawa sesungguhnya dia lebih mengetahui dan lebih tepat menetapkan sesuatu berbanding Allāh سبحانه وتعالى .

Dan sesiapa mengimpikan (menginginkan) selain daripada apa yang telah ditetapkan oleh Allāh سبحانه وتعالى , maka seolah dia berkata : “Wahai Tuhan, tukarkanlah segala apa yang telah mendahului (sedia wujud) di dalam IlmuMu disebabkan akalku." (seolah dia mengatakan : akalku lebih baik daripada IlmuMu)” ; maka dia hakikatnya adalah jahil dan silap di sisi kesepakatan sekalian agama (agama samāwī yang benar).


Diterjemah daripada kitab :

القواعد الكشفية الموضحة لمعاني الصفات الإلهية.


Karangan : Al-'Ārif Billāh Al-Imām Asy-Sya'rānī قدس الله سره .


No comments:

Post a Comment