Jika kau dapati hatimu membenci atau mencintai seseorang, telaahlah perilakunya
dengan Kitabullah dan sunnah Nabi. Kalau perilakunya dibenci oleh kedua pewenang
ini, berbahagialah dengan keselarasan dengan Allah dan Nabi-Nya. Jika
perilakunya sesuai dengan keduanya, sedangkan kau memusuhinya, maka ketahuilah
bahawa kau adalah pengikut hawa nafsumu. Kau membencinya lantaran kebencianmu
kepadanya dan menentang Allah, Yang Maha kuasa lagi Maha agung, menentang
Nabi-Nya, dan menentang kedua pewenang ini. Maka berpalinglah kepada Allah,
bertaubat dan mohonlah kepadanya kecintaan kepada orang itu dan para pilihan
Allah, para wali-Nya dan para saleh, bersesuaianlah dengan Allah dalam
mencintainya. Berlaku serupalah terhadap yang kau cintai. Iaitu, menelaah
perilakunya dengan cahaya Kitabullah dan sunnah Nabi. Jika ia ternyata disenangi
oleh kedua pewenang ini, maka cintailah dia. Tapi, jika perilakunya tak
disenangi oleh keduanya, maka bencilah ia, agar kau tak mencintai dan
membencinya kerana hawa nafsumu. Allah berfirman: "Dan jangan ikuti hawa
nafsumu, agar kau tak menyimpang dari jalanAllah." (QS 38:26).
No comments:
Post a Comment