Wednesday, March 20, 2019

Antara Ahli Ibadah dan Salik

Ahli Ibadah itu tidak semestinya dia adalah seorang Mutasawwif (Salik), kerana Salik itu hidup dengan Nafas-Nafas Para Salikin (melalui jalan-jalan Ahli Suluk) pada banyak maqam dan bukan hanya terhenti pada maqam Ibadah sahaja. Mereka taraqqi (mendaki naik) lebih tinggi lagi daripada satu maqam ke maqam yang lebih tinggi lagi sehinggalah wusul mereka di Hadhrah Allah. Sebab itu adakalanya orang awam melihat seolah Ahli Ibadah lebih tinggi maqamnya berbanding Muqarrabin yang dilihat agak lebih tenang berbanding Ahli Ibadah. Kerana orang awam (bukan Ahli Suluk) memang tidak memahami perjalanan rohani maka mereka dianggap sebagai orang yang uzur kerana kejahilannya mereka itu.

[ Makna syarahan atas matan Kitab Manazil As-Sa'irin Lil-Imam Al-Harawi ]


No comments:

Post a Comment