Tabir penutup dirimu takkan tersingkap, selama kau belum
lepas dari ciptaan dan tak memalingkan hatimu darinya dalam segala keadaan
hidup, selama hawa nafsumu belum pupus, begitu pula maksud dan kerinduanmu,
selama kau belum lepas dari kemaujudan dunia ini dan akhirat, dan yang maujud
dalam dirimu hanyalah kehendak Tuhanmu, dan kau terisi dengan nur Tuhanmu, dan
tiada tempat di dalam hatimu, kecuali bagi Tuhanmu, sehingga kau menjadi
penjaga pintu kalbumu, dan kau dikurniai pedang tauhid, keagungan dan kekuatan.
Maka, segala yang kau lihat, yang mendekati pintu kalbumu dari benakmu, akan
kau pisahkan kepalanya dari bahunya, sehingga tiada tersisa bagi dirimu,
dambaanmu dan kerinduanmu akan dunia ini dan akhirat sesuatu yang berkepala,
dan tiada dunia yang diperhatikan, tiada pendapat yang diikuti, kecuali
kepatuhan kepada Allah dan penerimaan penuh ikhlas akan takdir-Nya, bukannya
peluruh penuh dalam takdir dan kurnia-Nya. Dengan demikian, kau menjadi hamba
Allah, bukan hamba manusia atau pendapat. Bila hal ini mengekal dalam hidupmu,
tirai-tirai hormat-diri akan menyelimuti kalbumu, parit-parit keluhuran dan
daya keagungan akan mengitarinya, dan hatimu akan dijaga oleh tentera
kebenaran, tauhid, dan pengawal-pengawal kebenaran akan ditempatkan di
dekatnya, sehingga orang tak dapat mendekatinya melalui kekejian,
dambaan-dambaan hampa, kepalsuan-kepalsuan yang timbul dalam benak-benak
manusia, dan melalui kesesatan yang tumbuh dari keinginan-keinginan. Jika
ditakdirkan bahawa orang akan datang kepadamu terus-menerus dan mereka tak
mengetahui kemuliaanmu, sehingga mereka mendapatkan cahaya yang menyilaukan,
tanda-tanda yang jelas, kebijakan yang dalam, dan melihat keajaiban-keajaiban
yang terang dan kejadian-kejadian sebagai sosok kehidupanmu, sehingga
meningkatkan upaya mereka untuk mendekat kepada Allah, untuk patuh kepada-Nya,
dan untuk mengabdi kepada Tuhan mereka. Meski semua ini terjadi, kau akan aman
dari semua itu, dari kecenderungan jiwa manusiawimu kepada keinginan, dari
puji-diri, kesombongan orang-orang yang datang kepadamu dan perhatian mereka
kepadamu. Juga, seandainya kau akan beristeri cantik, bertanggung jawab atas
dirinya dan atas perilakunya, maka kau akan aman dari keburukannya, akan
diselamatkan dari memikul bebannya, dan ia, bagimu, akan menjadi kurnia Allah,
terahmati dan berlaku baik, bersih dari ketidaktulusan, kekejian dan pengkhianatan.
Maka ia akan melepaskanmu dari beban perilakunya dan akan menjauhkan darimu
segala kesulitan kerananya. Seandainya ia melahirkan anak, maka ia akan menjadi
anak yang saleh dan suci, yang akan menyenangkan pandanganmu.
Allah berfirman :
"Dan Kami
jadikan isterinya patut baginya." (QS
21:90)
"Ya Tuhan
kami! Kurniakanlah pada isteri-isteri kami dan keturunan kami kesenangan mataku
dan jadikanlah kami imam bagi mereka yang mencegah dari keburukan." (QS 25:74)
"Dan
jadikanlah ia, ya Tuhanku, orang yang Kau redhai." (QS 19:6)
Maka doa-doa ini akan mewujud dan diterima, tak soal kau
menyampaikan doa-doa ini kepada Allah, sebab doa-doa itu dimaksudkan bagi
mereka yang layak begini, yang termatangkan dalam keadaan ini, dan yang kepada
mereka dilimpahkan nikmat dan kedekatan Allah.
Begitu pula, andaikata sesuatu dari dunia ini
mendatangimu, ia takkan merugikanmu. Maka yang datang kepadamu merupakan
bahagianmu dari-Nya, yang tersucikan, demi kamu, oleh tindakan Allah,
kehendak-Nya dan dengan perintah-Nya ia mencapaimu. Ia akan mencapaimu dan kau
akan terpahalai, asalkan kau memperolehinya dalam kepatuhan kepada-Nya; persis
sebagaimana akan dipahalainya kamu kerana menunaikan salat dan puasa. Dan kau
akan diperintahkan, tentang yang bukan hakmu, untuk memberikannya kepada para
sahabat, tetangga dan peminta yang layak memperoleh wang zakat sesuai dengan
kebutuhan. Maka urusan-urusan akan diberikan kepadamu, sehingga kau tak mampu
membezakan antara yang layak dan yang tak layak, dan antara khabar burung
dengan pengalaman sejati. Maka urusanmu akan menjadi putih bersih, yang tiada
kegelapan dan keraguan.
Maka dari itu, bersabarlah, senantiasa bertakwalah,
perhatikanlah masa kini, tenanglah, tenanglah! Waspadalah! Selamatkanlah
dirimu! Selamatkanlah dirimu! Segeralah! Segeralah! Takwalah kepada Allah! Takwalah
kepada Allah! Tundukkanlah pandanganmu! Tundukkanlah pandanganmu! Palingkanlah
matamu! Palingkanlah matamu! Berlaku baiklah! hingga datang takdir dan kau kami
bawa ke depan .
Maka akan lenyap darimu segala yang memberatkanmu,
kemudian kau dimasukkan ke dalam samudera nikmat, kelembutan dan kasih sayang,
dan dipakaikan dengan pakaian nur dan rahsia-rahsia Ilahiah. Lalu kau
didekatkan, diajak bicara, diberi kurnia, dilepaskan dari keperluan,
dikukuhkan, dimuliakan dan dilimpahi kata-kata : "Sesungguhnya kamu pada sisi Kami adalah orang yang berkedudukan
tinggi lagi dipercaya." (QS
12:54) Lalu tersingkaplah keadaan Yusuf dan para shiddiq ketika disapa
dengan kata-kata ini dari lidah Raja Mesir, Raja dari Fir'aun. Jelaslah, itulah
lidah Raja yang menyatakannya, yang adalah Allah, yang berbicara melalui lidah
pengetahuan. Kepada Yusuf dianugerahkan kerajaan bendawi, iaitu kerajaan Mesir,
juga kerajaan jiwa, iaitu kerajaan pengetahuan, ruhani, nalar, kedekatan
dengan-Nya dan kedudukan tinggi di hadapan-Nya.
Allah berfirman :
"Dan
demikianlah Kami anugerahkan kepada Yusuf kekuasaan atas negeri (ia berkuasa
penuh) ke mana pun ia suka." (QS
12:56)
Negeri di sini ialah Mesir. Mengenai kerajaan ruhani,
Allah berfirman :
"Demikianlah,
agar Kami palingkan darinya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya ia termasuk
hamba-hamba pilihan kami." (QS
12:24)
Mengenai kerajaan pengetahuan, Allah berfirman :
"Yang demikian
ini adalah sebahagian dari yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Sesungguhnya
aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tak beriman kepada Allah."
(QS 12:37)
Bila kau disapa, wahai orang saleh, bererti kau
dianugerahi banyak pengetahuan nan agung, kekuatan, kebaikan, kewalian biasa,
dan perintah yang mempengaruhi ruhani dan yang bukan ruhani, dan teranugerahi
daya cipta, dengan izin Allah, segala yang di dunia ini, mesti akhirat belum
tiba. Di akhirat kau akan berada di tempat damai dan di syurga yang tinggi.
No comments:
Post a Comment