Sunday, March 17, 2019

KISAH DI SEBALIK NASYID THANIYYAH AL WADA’

Kita selalu bernasyid apabila tibanya tahun baru Islam satu lirik yang amat popular iaitu

طلع البدر علينا من ثنية الوداع

Telah muncul bulan purnama kepada kami, dari tempat bernama Thaniyyah al Wada'...


Pernahkah kita tanya apakah kisah yang berlaku di Thaniyah al Wada’?


Insya Allah akan cuba menceritakan secara ringkas di mana , apakah kisah dan pengajaran yang boleh diambil dari tempat tersebut, dan paling utama kenapa yang menyambut Nabi ﷺ di Thaniyyah al Wada dari kalangan wanita Madinah, bukannya kaum lelaki yang menyambut Nabi SAW di sana.


1. Thaniyyah al Wada adalah jalan yang sempit antara dua bukit Madinah iaitu Bukit Sila’ سلع dan Bukit al Labah اللابة.


2. Thaniyyah al Wada' merupakan lorong gelap dan tempat di mana gangster gangster orang Yahudi berkumpul untuk merancang perkara jahat di Madinah. Di sana ramai peminum arak berkeliaran. Malah ia juga sarang Perompak dan penyamun berada. Digelar tempat tersebut al Wada’ kerana mereka (orang orang baik) datang ke sana seolah olah untuk ucap selamat tinggal kepada kehidupan ini. Kebanyakan yang masuk ke sana tidak pulang lagi ke kampung halaman sama ada mati di sana atau terjebak dengan kumpulan samseng.


3. Penduduk Arab di Madinah ketika itu dari Aus dan Khazraj amat takut untuk menghampiri Thaniyyah al Wada'. Ia seolah olah satu tempat berpuaka, tidak boleh dihampiri oleh orang Arab. Ini kerana orang Yahudi di Madinah menakut nakutkan mereka bahawa jika orang Arab pergi ke sana pasti mereka tidak akan pulang lagi buat selama lamanya. Dan orang Aus dan Khazraj amat percaya dengan apa yang disebarkan oleh orang Yahudi ini.


4. Para Sahabat yang mulia yang telah tiba di Madinah dan penduduk Madinah menunggu kedatangan Rasulullah 
 di pintu masuk utama Bandar Yathrib ketika itu. Mereka sama sekali tidak menyangka Baginda ﷺ akan datang dari arah Thaniyyah al Wada’.


5. Tetapi Allah Taala telah memerintahkan kepada unta Baginda 
ﷺ supaya melalui jalan tersebut, sebagaimana Rasulullah  bersabda kepada para sahabat RA yang ingin memegang tali unta (دعوها فإنها مأمورة)

“biarkan ia, sungguhnya ia telah diperintahkan oleh Allah Taala”.


6. Mengapa Baginda 
 melalui Thaniyyah al Wada’, tidak melalui jalan utama? Ini kerana Rasulullah  ingin membuktikan bahawa apa yang digembar gemburkan oleh Yahudi bahawa Thaniyyah al Wada' tempat berpuaka adalah tidak benar dan tipu semata mata. Ia hanyalah berita untuk menakut-nakutkan Arab Aus dan Khazraj sahaja.


7. Sesungguhnya Rasulullah 
 datang membawa agama yang benar dan meruntuhkan segala khurafat dan benda yang karut marut yang tiada asas dalam agama.


8. Oleh sebab itu wanita Arab yang tidak ikut kaum lelaki menunggu Baginda 
 datang dari jalan utama terkejut melihat kemunculan Rasulullah  dari arah Thaniyyah al Wada’.


9. Lalu mereka pun menyambut Baginda 
ﷺ sambil berkata :

طلع البدر علينا** من ثنيات الوداع

وجب الشكر علينا ** مادعى لله داع

أيها المبعوث فينا** جئت بالأمر المطاع

جئت شرفت المدينة **مرحبا ياخير داع


Telah tiba kepada kami bulan purnama,


Dari lembah thaniyyatul wada'


Wajiblah kita bersyukur dengannya


Tiada seruan hanyalah kepada Allah


Wahai Rasul yang diutuskan kepada kami


Engkau datang dengan membawa seruan yang wajib dipatuhi


Engkau membawa kemulian kepada bandar ini


Ahlan wasahlan wahai sebaik baik penyeru


للهم صلي على سيدنا محمد عبدك ونبيك ورسولك النبي الامي وعلى اله وصحبه وسلم تسليما بقدر عظمة ذاتك في كل وقة وحين




No comments:

Post a Comment