Friday, March 29, 2019

FUTUHUL GHAIB - Risalah 68

Bila Allah mengabulkan dia hamba-Nya dan memberinya yang dimintanya, maksud-Nya sendiri, dengan demikian, tak terpatahkan dan telah diketahui-Nya sebelumnya. Tapi, doa itu sesuai dengan kehendak Allah dan terjadi pada saat yang telah ditentukan-Nya. Nah, diterimanya dia dan dipenuhinya kebutuhan, terjadi pada saat yang telah ditentukan, dan sesuai dengan rencana-Nya sebelumnya pada awal masa, dan yang bakal dipenuhi pada saat yang telah ditentukan. Inilah yang telah dikatakan oleh seorang alim dalam menerangkan firman-Nya :

"Setiap saat, Dia dalam kesibukan." (QS.55:29).

Ini bererti bahawa Allah mengurniakan pada saat-saat yang telah ditentukan. Dengan demikian, Allah tak memberi seseorang sesuatu di dunia ini kerana semata-mata, begitu pula Ia tak menjauhkan sesuatu darinya hanya kerana doanya, dan dikatakan, Nabi ﷺ bersabda bahawa takdir tak bisa dihindari kecuali dengan doa tertentu. Juga tak seorang pun masuk syurga melalui kasih-sayang Allah, dan hamba-hamba Allah akan diberi kedudukan di syurga sesuai dengan amal-amal mereka. Sayyidatina Aisyah رضي الله عنها berkata bahawa ia bertanya kepada Nabi ﷺ : "Akankah seseorang masuk syurga hanya kerana amal-amalnya? Tidak, tetapi dengan kasih-sayang Allah," jawab Nabi , sambil meletakkan tangannya di atas kepalanya.

Ia melakukan hal ini untuk menunjukkan bahawa tak seorang pun berhak menentang Allah. Juga Ia tak wajib memenuhi janji. Tapi Ia berbuat sekehendak-Nya, menyiksa yang dikehendaki-Nya, mengampuni yang dikehendaki-Nya, mengasihi yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan nikmat bagi yang dikehendaki-Nya, dan Ia Maha kuasa atas segalanya. Ia tak ditanya tentang yang dilakukan-Nya, sedang hamba-hamba-Nya akan ditanya. Ia memberikan rezeki kepada yang dikehendaki-Nya, dengan kurnia dan kasih-Nya, dan menahan kurnia-kurnia-Nya dari yang dikehendaki-Nya. Begitulah adanya, kerana ciptaan, sejak dari arasy-Nya hingga dasar bumi di lapisan ketujuh bawah langit ini, adalah milik-Nya dan ciptaan-Nya. Pencipta mereka adalah Allah, dan pemilik mereka adalah Allah, dan Allah berfirman :

"Adakah pencipta selain-Nya?" (QS.35:3). "Adakah Tuhan selain Allah?" (QS.27:63). "Dan tahukah kau, adakah yang menyamai-Nya?" (QS.29:65).

"Katakanlah : "Ya Allah! Pemilik kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kerajaan dari yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan yang Engkau kehendaki. Di tangan-Mulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala suatu." (QS.3:26).


No comments:

Post a Comment