Tuesday, March 19, 2019

TINGKATAN BERSUCI MENURUT TASAWWUF

Tingkatan Bersuci Menurut Tasawwuf


Firman Allah Taala : “Allah menyukai orang-orang yang bersih.” (Al-Baqarah : 108)


Sabda Nabi ﷺ : “Kebersihan itu separuh daripada iman.” (Muslim)


Sabda Nabi 
 : “Kunci solat itu ialah kesucian.” (Tirmizi)


Bersuci itu 4 tingkatan :


i) Tingkat satu - mensucikan zahir diri daripada segala hadas, kotoran dan benda-benda yang menjijikkan.


ii) Tingkat dua - mensucikan anggota badan daripada segala perbuatan jahat dan dosa.


iii) Tingkat tiga - mensucikan hati daripada segala sifat yang tercela dan sifat-sifat rendah yang terkutuk.


iv) Tingkat empat - mensucikan sirr daripada sesuatu selain Allah Taala, iaitu bersucinya hati para Nabi dan para Siddiqin.


[ Petikan dan ringkasan daripada Kitab Bersuci dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali رحمة الله تعالى ]



No comments:

Post a Comment