Tuesday, March 19, 2019

ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT DAN ARAH

Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah Allah Wujud Tanpa Tempat dan Arah.

Al-Imam Abu Sa’id al-Mutawalli asy-Syafi’i رحمة الله تعالى (w 478 H) dalam kitab Al-Ghunyah Fi Usuliddin menuliskan sebagai berikut :


“Tujuan penulisan dari fasal ini adalah untuk menetapkan bahawa Allah tidak memerlukan tempat dan arah. Berbeza dengan kaum Karramiyyah, Hasyawiyyah dan Musyabbihah yang mengatakan bahawa Allah berada di arah atas. Bahkan sebahagian dari kelompok-kelompok tersebut mengatakan bahawa Allah bertempat atau bersemayam di atas Arasy. Jelas mereka kaum yang sesat. Allah Maha Suci dari keyakinan kelompok-kelompok tersebut.

Dalil akal bahawa Allah Maha Suci dari tempat adalah kerana apabila ia memerlukan kepada tempat maka bererti tempat tersebut adalah Qadim sebagaimana Allah Qadim. Atau sebaliknya, bila Allah memerlukan tempat maka bererti Allah baharu sebagaimana tempat itu sendiri baharu. Dan kedua pendapat semacam ini adalah keyakinan kufur.

Kemudian bila Allah bertempat atau bersemayam di atas Arasy, seperti yang diyakini mereka, maka bererti tidak lepas dari tiga keadaan. Boleh sama besar dengan Arasy, atau lebih kecil, dan atau lebih besar dari Arasy. Dan semua pendapat seperti ini adalah kufur, kerana telah menetapkan adanya ukuran, batasan dan bentuk bagi Allah.

Dalil akal lain bahawa Allah ada tanpa tempat dan tanpa arah ialah jika kita umpamakan sewaktu seseorang telah diberi kekuatan besar oleh Allah untuk dapat naik terus menerus ke arah atas maka sesuai keyakinan golongan sesat di atas ia memiliki dua kemungkinan; boleh jadi ia sampai kepada-Nya atau boleh jadi ia tidak sampai. Jika mereka mengatakan tidak sampai maka bererti mereka telah menafikan adanya Allah. Kerana setiap dua sesuatu yang ada antara keduanya pasti memiliki arah dan jarak. Dan seandainya salah satunya memotong jarak tersebut dengan terus menerus mendekatinya namun ternyata tidak juga sampai maka bereti sesuatu tersebut adalah nihil (tidak ada). Kemudian jika mereka mengatakan bahwa orang yang naik tersebut boleh sampai kepada-Nya maka bererti dalam keyakinan mereka Allah dapat melekat dan dapat disentuh, dan ini jelas keyakinan kufur.

Kemudian dari pada itu, keyakinan seperti ini juga menetapkan adanya dua kekufuran lain.

Pertama, berkeyakinan bahawa alam ini Qadim, tidak memiliki permulaan. Kerana dalam keyakinan kita salah satu bukti yang menunjukan bahawa alam ini baharu ialah adanya sifat berpisah dan bersatu padanya.

Kedua, keyakinan tersebut sama juga dengan menetapkan kebolehan adanya anak dan isteri bagi Allah.


No comments:

Post a Comment